Wednesday, January 4, 2017

kDrama Summary for 2016

Assalamualaikum w.b.t. Firstly sy nak cakap Happy New Year !!!!!!! .. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum nya..Dan semoga kita di limpahi dengan kesihatan yg baik serta rezeki yg luas.

Alhamdulillah kali ni sy berpeluang lagi untuk mencipta entry baru sempena Tahun Baru... Tapi topik kita harini bukan lah pasal tahun baru .. Akan tetapi ringkasan drama korea yg sy tonton sepanjang 2016 lepas.. Sy percaya pada tahun 2016 sy sendiri telah menghabiskan hampir 20 buah drama korea..Syabas Dayu!!! :) sebelum ni sy tidak akan sambung2 tengok kdrama selagi drama yg sy baru habis kan sy belum dpt move on.. Tapi skrg dah pandai tengok sambung2 dah.. sampai kan satu masa sy boleh tengok 4 drama serentak.. tapi belum kira OK lagi sebab tengok je pandai kan..cakap pun sikit2 je pandai..untuk sesuatu perkataan jerr..Kalau cakap dalam satu ayat memang takkk laaaa jawab nye.. hikhikhik..

Jujur sy katakan di sini bahawa sy sendiri tidak menafikan yg sy mengambil course online untuk belajar bahasa dan menulis dalam Korean.. tapi macam yg korang semua tahu la..mula2 je semangat lepas tu dah jadi hangat2 tahi ayam daaaa~ hahaha

OK taknak buang masa lagi! Sebab boss ada duduk kat belakang situuu..Hujan2 begini kalau ikut kan nafsu mata, memang sy dah tertidoo tadi lagi..Nasib la sy terfikir utk membuat entry ni..HAHA..jadi kita  mulakan lah drama pertama yg sy tonton d tahun 2016.. tajuk nya ialah... JENG JENG JENG... Oh My Venus! Lakonan So Ji Sub dan Shin Min Ah.. Sado beb So Ji Sub kat sini.. 1st scene tengok dia training dah melting.. Aii iss Tidak Tahan~ HAHAHA..

Oh My Venus drama poster

Kalau ikut sinopsis sy sendiri, cerita ni pasal over-weight lawyer (Shin Min Ah) yg nak kurus kan badan kerana merasa diri tercabar dengan gadis yg merampas boyfriend dia tuh.. Coach dia tak lain tak bukan mesti lah Mr Coach So Ji Sub.. sy suka aktres ni sebab kalau babak dia nanges, sy pun ikut nanges..Nampak sangat kesian dia tu.. Part tak boleh blahh bila dia dah perasan cantik tu.. AHAHA.. siap dengan godaan di tambah kan plak dgn keserian lesung pipit dia :P

DOTS drama poster

Drama ke-dua ialah Descendants of The Sun.. hasil lakonan Song couple iaitu Hye Kyo dan Joong Ki.. second lead dia pun boleh tahan jugak..Sweet semacam.. Sy terpaksa mengambil masa yg lama sikit untuk move on selepas menonton drama ni.. 16eps sy habiskan dalam sehari sekaligus..Apa tak tertinggal dalam kepala hotak sy kalau macam tu kan.. nasib time ni drama ni dah completed so tak payah lah kena tunggu seminggu dua kali utk next eps.. Itu ada lah syarat wajib sy dahulu kalau nak tengok kdrama.. Tapi skrg pelahan2 sy dah tinggal kan bad habit tu. On Going drama pun sy bantaii je sekarang.. Joong Ki dalam ni nampak sangat flower boy dia tuh.. Paling tak boleh tahan bila dia dah pakai full uniform..Adusssss~ hensem kau Jahh! Annoying jugak laa dengan watak actress yg sgt penting kan diri ni.. Asyik2 suruh Joong Ki resign sbb tak nak dia mati awal.. Mati tu bila2 je kott.. HAHAHA~

Please Come Back, Mister

Yg seterus nya ialah drama keluaran SBS network ni iaitu Please Come Back, Mister. 1st time tengok drama lakonan Rain.. actually jalan cerita tak jugak berapa menarik mula2 tuh tapi bila tengok semua nya saling berkait, baru boleh tangkap sikit2.. Penyampaian sangat slow..Tapi apa yg buat sy bertahan dgn drama ni ialah pelakon lelaki yg pakai sut putih kat atas tu.. bukan yg pakai spek kat tingkap tuh!!! tu yg tengah berdiri kat sblh kanan tuu.. HAHAHA~ pegang watak antagonis tapi muka sangat hott.. Ai is Kepanasan bila babak dia di mulakan.. dari cara berjalan je pun dah menggoda..Apa lagi babak senyum dan bercakap.. perggggghhhh... tapi tak pernah hero la mamat ni.. sedeyhhh tau..

Doctors / Doctor Crush

Kalau namanya kdrama jarang sangat jumpa title yg satu nama je.. tak sah kalau tak sampai sepuluh walhal tajuk nama tu semua berdekatan dgn yg sewaktu dengan nya je ponn.. HAHAHA.. drama ni okk sikit tapi dah nama pun medical romance genre mesti lah banyak scene yg operate sana sini.. geli laa. tak lalu nak makan.. suka dgn watak Kim Rae Won kat sini.. Slumber boy je.. Park Shin Hye tak payah la nak puji lelebihh sbb laki kiterr minat kat dia tuh.. malas............ hohohoho..

Let's Fight, Ghost!

Drama Kim So Hyun dan Taecyeon.. Seriously muka Taecyeon membuat kan sy sini tak tau nak pilih siapa dah sebagai flower boy di hati sendiri.. too much cutest namja out there.. Kening dia tebal plus bibir dia nampak juicy2 kat situ.. jalan cerita tak berapa nak follow sbb second lead tu sy tak suka.. Goblin kot.. HAHA.. Taecyeon oppa Saranghaeyo <3

Uncontrallably Fond 

Ingat lagi sebelum drama ni start sy memang tak sabar nak tonton.. Sebab promosi je bukan alang2 Daebak! Drama Fever siap buat counting lagi utk premier first episode drama ni.. Teknik penceritaan yg memang lain daripada yg lain sebab throwback dia je dah ambik satu episode kaww2.. masing2 ada penyakit..Tapi yg buat sy tak boleh terima hakikat bila drama ni takde happy ending.. mati la plak Shin Jin Young aka Kim Woo Bin ni.. rasa menyesal je tengok drama dr mula sampai habis tapi tak happy ending.. HAHAHA~

Minyeo Gong Shim Mi / Beautiful Gong Shim


Drama ni sy suka sebab soundtrack semua best2.. mana lagi setiap episode mesti tak kering gusi punyerrr.. kelakar sangat2..