Tuesday, June 12, 2018

1 Day 1 Night at Turtle Island..

Assalamualaikum wbt.. Memang gaya2 saya ni post 1 entry utk satu tahun ke canerr? tapi maybe kali ni post dua entry laa sebab tahun ni ada dua kali bercuti..HUHU.. but still area Sabah juga laa..Sy sebenarnya belum habis round Sabah lagi sebenar nya tu la belum pasang niat nak travel jauh.. Daki gunung Kinabalu pun BELOM :'(

okeh! Dah jangan sedih2. Sebab sekarang kita nak buat entry happy2.. baru2 ni sy masuk pulau kat area Sabah ni jugak laa.. Nama dia Pulau Selingaan or in English known as Turtle Island.. kenapa nama dia pulau penyu? Haaa! sebab pulau ni satu2 nya pulau yang penyu akan datang bertelur setiap malam.. bukan satu penyu dan bukan juga dua penyu tapi 20 ekor penyu dalam satu2 masa!!! sekor penyu pun kalau menetas dah cecah 118 biji telur, berapa la pulak yg 19 ekor penyu lagi?? nanti kita kira sama2 k :)

So mesti tanya2 macamana nak masuk pulau ni kan.. senang je..kenalah cek availibility bilik dulu through licensed agent yg ada buat pakej ke pulau ni.. such as Explore Sandakan, Borneo Eco, STWA, Tropical Gateway and so on.. Boleh klik link utk setiap nama so korang akan di bawak ke website diorang k.. boleh compare harga.. korang pilih je mana2 suka tapi of course la sy recommend Explore Sandakan sebab sy kan keje kat situ.. HEHE..

Banyak je celoteh sy dari tadi.. mukadimah pun belum lagi.. sy tumpang colleague je sebenar nya ni.. She won the package 1D/1N at Turtle Island for two sponsored by the island itself.. dia kan BELOM ada bf lagi mase tuh.. tu yg ajak sy sekali.. HEHE.. sy menang apa? Sy menang 3D/2N Tabin Wildlife Safari (nanti buat kat 2nd entry).. iklan japp.. Okeh balik tu cerita tadi.. Kalau nak pergi pulau tersebut, kenalah naik boat transfer which is take 45minutes from the mainland to the island.. boat depart at 0930hrs sharp not late not early..HAHA.. baik sampai 15minutes sebelum boat depart sebab kena register lagi nama under Sabah Parks.. kalau korang belum sampai, sabar je la kalau wakil dorang call and azan telinga korang.. boat yg mereka gunakan memang mmenuhi ciri keselamatan yg di tetap kan so no worries ok.. elok molek bertutup lagi bumbung tu.. sy takde plak snap gambar boat so tak bole lah upload kat sini.. eh lupa plak! kena bayar entrance fee rm20 tau utk dewasa/local.. charges ni separate dari harga bilik..entrance fees kena bayar dengan Sabah Parks..

landing cantik punyerrr...

perlu di ingat kan, korang tak di nasihat kan bawak luggage besar2 sebab pulau ni takde jeti..dari boat tu, main terjum je kat pantai.. so bawak yg penting2 jerr.. sy bawak 1 night clothes, snacks, toiletteries je during my stay..

restaurant & reception in one roof

arrive pulau arround 1030hrs.. sampai je kat pulau, benda pertama kena buat of course la check in.. memandang kan kitorang bawak nama company ke sini, so kita pun pakai baju company jerr laa. AHAHA.. puji tak puji?? memang tak lahh.. ohh satu lagi! kat pulau ni, restaurant je yg ada line service tau..kalau kat dalam bilik alamat memang xde laa.. tu pun GPRS je.. HUAHUAHUA.. cukup2 untuk buat call in and out je..nama nya nak mem'FB, memang simpan kat laut je niat tu.. better download games yg x pakai internet connection la bebanyak sebelom datang sini..takut boring kan.. kat sini, aktiviti hanya start pukul 7 malam so kebanyakan tourist akan habis kan masa swimming & snorkelling je waktu siang hari..

ni la bilik kitorang..

kitorang pun x la terus swimming sebab mase ni dlm pikiran nak makan dulu sebelum buat aktiviti bebas.. nak tunggu pukul 1 tu pun lahaai sampai berjanggut.. sebab apa? x tau nak buang masa camne..fb takde, ig takde, nak post tweet pun line x de... harap candy crush je...tu pun lives dah habes, terus blank tak tau buatpe.. melalak lagu Kesilapanku Keegoanmu je lahh jawab nye..

sunset view yg ohsemm!

dah habis lunch and mandi manda, kitorang terus flat atas katil.. exhausted sangatt.. sampai kan jam7 mlm baru sedar balik.. well hello? datang bercuti tak kan nak layan mata kott! kelam kabut siap sbb nak tengok video show lg.. actually dah lewat sebenar nya.. mana lagi nak jalan dr chalet ke restoran took 10minutes walking.. dapat la belajar pasal penyu2 ni semua..history tu semua.. then kitorang pun dinner la.. lepas dinner, we wont allowed to go back to our chalet because anytime rangers will annouced if they saw turtle laying an eggs to the shore.. so stay je la jawab nye.. dah la line fon xde.. after 45 minutes, baru bole witness penyu bertelur..
comel je mak penyu ni..

after laying in total of 228eggs, mak penyu ni pun balik ke laut semula.. tapi aktiviti tak habes lagi tau.. next kita pegi hatching nest plak..tengok step cmna diorang tanam telur penyu tu.. tanah x payah telampau mendap sebab nanti apabila menetas, anak penyu ni akan gali keluar sendiri...

syedap.. nyum nyum :p

okeh.. lepas tanam telur hikhikhik, misi melepaskan anak penyu ke laut plak.. kat sini boleh nampak macamana struggle nya diorang nak ke laut utk meneruskan hidup.. kena jumpa ombak yg kuat then humban balik ke pantai.. alololo...siann.. tapi manada senang kalau nak survive kan.. tp penyu ni spesel skit.. dari kecik dah jadi independent..

before depart <3

after melepaskan penyu2 ni, aktiviti pun habis... maka tamat la acara kat Pulau Selingaan ni..aktiviti habis pun dalam jam 10.30mlm...so kita g cafe jap beli snack then balik bilik sambung tidur.. hahaha.. esok pagi kena bangun awal lg utk early boat departure.. but apa nak kita cerrr kat sini, masa berenang2 kat pantai tadi petang, ranger bagitau... waktu sunrise esok if we lucky enough, bole tengok gunung Kinabalu dr pantai sebelah.. so kita pun set la alarm kol 5.30am konon nak get ready awal la supaya dapat tengok gunung.. UNFORTUNATELY, telajak bebb!! hahahaha... dah tak nampak gunung dah.. tapi xpe, sy belanja gambar sunrise je sikit..hehehe.. 

panorama view..

maka dengan ni tamat la entry utk kali ni..draft dari bulan 4 tapi harini 12/6/18 baru dapat conplete post ni.. HEHE.. lepas ni nak sambung Tabin Wildlife plak... stay tuned okeh! muah muah..









Wednesday, January 4, 2017

kDrama Summary for 2016

Assalamualaikum w.b.t. Firstly sy nak cakap Happy New Year !!!!!!! .. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelum nya..Dan semoga kita di limpahi dengan kesihatan yg baik serta rezeki yg luas.

Alhamdulillah kali ni sy berpeluang lagi untuk mencipta entry baru sempena Tahun Baru... Tapi topik kita harini bukan lah pasal tahun baru .. Akan tetapi ringkasan drama korea yg sy tonton sepanjang 2016 lepas.. Sy percaya pada tahun 2016 sy sendiri telah menghabiskan hampir 20 buah drama korea..Syabas Dayu!!! :) sebelum ni sy tidak akan sambung2 tengok kdrama selagi drama yg sy baru habis kan sy belum dpt move on.. Tapi skrg dah pandai tengok sambung2 dah.. sampai kan satu masa sy boleh tengok 4 drama serentak.. tapi belum kira OK lagi sebab tengok je pandai kan..cakap pun sikit2 je pandai..untuk sesuatu perkataan jerr..Kalau cakap dalam satu ayat memang takkk laaaa jawab nye.. hikhikhik..

Jujur sy katakan di sini bahawa sy sendiri tidak menafikan yg sy mengambil course online untuk belajar bahasa dan menulis dalam Korean.. tapi macam yg korang semua tahu la..mula2 je semangat lepas tu dah jadi hangat2 tahi ayam daaaa~ hahaha

OK taknak buang masa lagi! Sebab boss ada duduk kat belakang situuu..Hujan2 begini kalau ikut kan nafsu mata, memang sy dah tertidoo tadi lagi..Nasib la sy terfikir utk membuat entry ni..HAHA..jadi kita  mulakan lah drama pertama yg sy tonton d tahun 2016.. tajuk nya ialah... JENG JENG JENG... Oh My Venus! Lakonan So Ji Sub dan Shin Min Ah.. Sado beb So Ji Sub kat sini.. 1st scene tengok dia training dah melting.. Aii iss Tidak Tahan~ HAHAHA..

Oh My Venus drama poster

Kalau ikut sinopsis sy sendiri, cerita ni pasal over-weight lawyer (Shin Min Ah) yg nak kurus kan badan kerana merasa diri tercabar dengan gadis yg merampas boyfriend dia tuh.. Coach dia tak lain tak bukan mesti lah Mr Coach So Ji Sub.. sy suka aktres ni sebab kalau babak dia nanges, sy pun ikut nanges..Nampak sangat kesian dia tu.. Part tak boleh blahh bila dia dah perasan cantik tu.. AHAHA.. siap dengan godaan di tambah kan plak dgn keserian lesung pipit dia :P

DOTS drama poster

Drama ke-dua ialah Descendants of The Sun.. hasil lakonan Song couple iaitu Hye Kyo dan Joong Ki.. second lead dia pun boleh tahan jugak..Sweet semacam.. Sy terpaksa mengambil masa yg lama sikit untuk move on selepas menonton drama ni.. 16eps sy habiskan dalam sehari sekaligus..Apa tak tertinggal dalam kepala hotak sy kalau macam tu kan.. nasib time ni drama ni dah completed so tak payah lah kena tunggu seminggu dua kali utk next eps.. Itu ada lah syarat wajib sy dahulu kalau nak tengok kdrama.. Tapi skrg pelahan2 sy dah tinggal kan bad habit tu. On Going drama pun sy bantaii je sekarang.. Joong Ki dalam ni nampak sangat flower boy dia tuh.. Paling tak boleh tahan bila dia dah pakai full uniform..Adusssss~ hensem kau Jahh! Annoying jugak laa dengan watak actress yg sgt penting kan diri ni.. Asyik2 suruh Joong Ki resign sbb tak nak dia mati awal.. Mati tu bila2 je kott.. HAHAHA~

Please Come Back, Mister

Yg seterus nya ialah drama keluaran SBS network ni iaitu Please Come Back, Mister. 1st time tengok drama lakonan Rain.. actually jalan cerita tak jugak berapa menarik mula2 tuh tapi bila tengok semua nya saling berkait, baru boleh tangkap sikit2.. Penyampaian sangat slow..Tapi apa yg buat sy bertahan dgn drama ni ialah pelakon lelaki yg pakai sut putih kat atas tu.. bukan yg pakai spek kat tingkap tuh!!! tu yg tengah berdiri kat sblh kanan tuu.. HAHAHA~ pegang watak antagonis tapi muka sangat hott.. Ai is Kepanasan bila babak dia di mulakan.. dari cara berjalan je pun dah menggoda..Apa lagi babak senyum dan bercakap.. perggggghhhh... tapi tak pernah hero la mamat ni.. sedeyhhh tau..

Doctors / Doctor Crush

Kalau namanya kdrama jarang sangat jumpa title yg satu nama je.. tak sah kalau tak sampai sepuluh walhal tajuk nama tu semua berdekatan dgn yg sewaktu dengan nya je ponn.. HAHAHA.. drama ni okk sikit tapi dah nama pun medical romance genre mesti lah banyak scene yg operate sana sini.. geli laa. tak lalu nak makan.. suka dgn watak Kim Rae Won kat sini.. Slumber boy je.. Park Shin Hye tak payah la nak puji lelebihh sbb laki kiterr minat kat dia tuh.. malas............ hohohoho..

Let's Fight, Ghost!

Drama Kim So Hyun dan Taecyeon.. Seriously muka Taecyeon membuat kan sy sini tak tau nak pilih siapa dah sebagai flower boy di hati sendiri.. too much cutest namja out there.. Kening dia tebal plus bibir dia nampak juicy2 kat situ.. jalan cerita tak berapa nak follow sbb second lead tu sy tak suka.. Goblin kot.. HAHA.. Taecyeon oppa Saranghaeyo <3

Uncontrallably Fond 

Ingat lagi sebelum drama ni start sy memang tak sabar nak tonton.. Sebab promosi je bukan alang2 Daebak! Drama Fever siap buat counting lagi utk premier first episode drama ni.. Teknik penceritaan yg memang lain daripada yg lain sebab throwback dia je dah ambik satu episode kaww2.. masing2 ada penyakit..Tapi yg buat sy tak boleh terima hakikat bila drama ni takde happy ending.. mati la plak Shin Jin Young aka Kim Woo Bin ni.. rasa menyesal je tengok drama dr mula sampai habis tapi tak happy ending.. HAHAHA~

Minyeo Gong Shim Mi / Beautiful Gong Shim


Drama ni sy suka sebab soundtrack semua best2.. mana lagi setiap episode mesti tak kering gusi punyerrr.. kelakar sangat2.. 




Tuesday, November 8, 2016

2D1N Trip to Kundasang!

Assalamualaikum gaisss.. Lama dah tak borak panjang-panjang kat sini.. Asyik seboook jerr memanjang..Tapi dalam sebok2 tu sy sempat jugakk pergi cuti2 kat Kundasang sana haaa.. Kundasang ni terletak d negeri Sabah.. kalau korang nak tau Kundasang ni la tempat terletaknya Gunung Kinabalu gunung yg tertinggi di Asia dengan ketinggian 4,095 meter dari paras air laut. Cuaca di sini sangat sejuk berkabus.. Kalau kita dari Tawau (10jam), Sandakan (6jam), Telupid (4jam), Ranau (3jam), Semporna (10jam), Lahad Datu (8jam) pasti akan lalui Kundasang ni kalau nak ke Kota Kinabalu. Suhu kat Kundasang ni di waktu siang dengan cuaca yg cerah hanya setakat 7°C sahaja.. Manakala sebelah malam pulak suhu boleh mencapai sehingga 3°C.. Gila takk sejukk.. Rata2 penduduk di Kundasang tidak menggunakan kipas atau pun penghawa dingin di dalam rumah kerana cuaca persekitaran yg boleh tahan sejuk sehingga ke tulang..

ok! Jadi nak di jadi kan cerita, plan kitaorang nak ke Kundasang ni dah bermula sejak dua bulan yg lepas iaitu jatuh pada tarikh Cuti Deepavali.. Kitorang plan perjalanan bermula dari Sandakan - Ranau - Kudat - Kota Marudu - Kota Belud - Kundasang .. haaaaaaa! Semua ni kami buat dalam masa sehari je tauuu.. Lebih kurang 14jam kesuluruhan masa yg kami habis kan duduk di dalam kereta... Lenguh jugak punggung kita ni.. Bayangkan lah.. Map Sabah tu start dr "Mulut" lepas tu kita pergi "Tanduk"... pergggggghhhhh! tapi overall kita memang puas hati jugak laa.. bak kata orang putih - what start today , we have create another sweet memories in our life"


perjalanan baru nak bermula dari Sandakan (0700hrs) menuju tempat sarapan di Telupid

merayu dengan member supaya kena snap.. KONON LAHHH!

kitaorang sepatutnya bertolak dari Sandakan pukul 0630hrs tapi amoi sorang yg bibir merah kat atas tu boleh plak lambat bangun...rosak plan.... sudah nya bertolak dr rumah dia pukul 0830hrs.. beruntung punya kawan.. nasib tak kena tinggal..semua pun dah mula high blood masa ni..HAHAHA.. tapi anak bulan mana la boleh tinggal kan..sebab dia la penyeri sepanjang dalam perjalanan ni..tak kira masa , anytime je melalak! 

marah tu marah jugakk tapi tak kan la bercuti pun masih nak emo kan..

So, destinasi pertama kami ialah Telupid..sebab semua pun belum sarapan lagi..singgah makan japp..makan pun bukan main cepat lg sebab perjalanan masih jauh kan.. lepas makan je terus chaww.. sampai je kat Ranau kita stop kat stesen minyak yg pertama.. minyak tak jauh banyak mana pun tapi utk langkah berjaga2 bagi je  full tank .. kot kot nanti ada apapa di jalan raya kira dah ada standby.. petrol kat dalam Myvi saya ni dah macam2 versi dah.. Shell , Petron , Petronas semua dah bergabung.. nasib tak semputt.. HAHAHA.. 

the three generation of Perodua.. All white..

Ni la kereta kitorang pakai.. Anggota semua 7 org tapi masing2 bawak kereta laa..yg kat depan tu heavy smoker so tak boleh join satu kereta dgn Alza kat belakang nun.. sebab member sorang tu tak smoking.. kereta pun masih bau baru lagi..

berhenti kejap kat tepi nak ambik memori..LOL..

Sekarang kitorang menuju ke Kudat tapi ikut Jalan Lintas belakang Poring, Ranau..kira dekat sikit lah..dalam 4 jam boleh sampai..sebelum tiba Kudat, kena lalu depan pekan Kota Marudu lagi..macam2 perkampungan kitorang lalu.. Tapi paling tak tahan masa silap jalan..GPS-man lupa jalan lahh plakkkk :( Apa lagi... encik suami pun bukak la Google Maps.. nasib baru 5 Kilometer dah sedar salah jalan..Kalau dah sampai hujung tak ke cari nahas tu..

Asus ke Samsung ke sama juga bah , Bro..

Ni dah hampir pukul 3.30 petang ni... perjalanan ada lgi dalam 2jam utk sampai ke Tg. Simpang Mengayau, Kudat.. Cuaca pun dah berubah mendung..Tapi apapun cabaran dan rintangan tetaplah tabah menghadapi.. Chewaaa~ Jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampailah tempat yg dituju... Selepas 9jam perjalanan akhir nya kaki saya pun jejak la ke tanah Simpang Mengayau ni.. Dengan keadaan berangin dan mendung ni ditemani lagi dengan bunyi hempasan ombak terasa damai tenang di hati...

yeahhh! kami dah sampai...
encik suami dah macam nak gi Korea dah ni..Siap Jaket Kulit bagaaai~
Ku gagahkan kaki ku turun ke bawah biar pun hakikat nya hampir kecut perutku~

Nak sampai ke sini bukan main seksa lagi perjalanan yg diharungi..tapi lepak tak sampai setengah jam pun.. Pukulan Angin sangat lah kuat..silap haribulan saya pun ikut terbang..HAHA.. sekarang bertolak lah kita ke Kundasang semula.. hari dah lewat , kami sampai tempat penginapan pun dah pukul 11malam..

Kita semua stay kat Rocky Mountain Lodge dekat Bukit Mesilau tu ha.. Sejuk sampai ke tulang..nak berus gigi pun sampai cramp gusi saya ni..apa lagi nak berbilas badan.. Heater pun tak makan saman. yg tidur pun dah macam2 posisi sy tengok..HAHA.. Layan penat punya pasal, masing2 dengan dengkuran ekzos sendiri..

Keesokan harinya, mata ini terpaku dengan kecantikan alam flora dan fauna, keindahan kampung setinggan dan pemandangan gunung Kinabalu dari luar jendela.. Alhamdulillah indah nya ciptaan Allah SWT.. 
Damai je kan pemandangan ke depan..

Pagi ni celik mata je dalam otak terus terpikir kan lapar..Cuaca sejuk2 macam ni memang cepat sangat lapar.. Nak mandi pun terasa payah..Tapi lapar punya pasal semua pun di buat dgn laju.. Habis je bersiap, kitorang terus checkout dari sini dan menuju ke tempat makan yg WAJIB iaitu stesen sayap ayam panggang kat Kundasang.. memang terkenal tempat ni dgn ayam panggang dia tuu..Saya boleh habis kan dalam 10pcs sorang.. HAHA... see the leg laaa..


selesai makan kita terus proceed ke KNP plak

Sekarang kami di Kinabalu National Park, Kundasang. Kalau nak tau, dari sini lah tempat yg valid kalau nak mendaki Gunung Kinabalu.. Perjalanan ke Timpohon Gate lebih kurang 5km drive ke atas.. Tuu la pondok tempat pelepasan mendaki gunung macam gambar kat atas tu hah!.. tapi stamina sy belum cukup lagi kott nak mendaki kat sini..setakat lalu untuk berhenti begambar kejap tu boleh laa.. HAHAHA..

malu plak tengok gambar ni..HAHA..

Kitorang lepak kat Timpohon Gate tak lama..Sebab nak bagi peluang lg denagan yg lain nak begambar kat atas tu.. Ada terhibur sikit la dengan telatah tupai2 yg jinak kat atas tu.. Sempat lagi bagi dorang makan kacang tanah :)
encik suami senyum sampai telinga layan seronok dgn tupai tu.. Ai is Jeles!

Sebab kan jeles , sy pun ikut juga bagi makan si Tupai ni.. Ai is Happy!

saya ni dah kenapa dgn batang Monopod tu! HAHA ~

Nak study route untuk mendaki Gunung Kinabalu lah sangatt~

posing yg tak berapa maut..

Untuk pengetahuan korang, gambar last kat atas tu di panggil Mountain EarthQuake Monument.. Dibina sempena memperingati sejarah hitam yg berlaku pada Jun 2015 iaitu gempa bumi di Gunung Kinabalu itu sendiri.. Dimana beberapa nyawa telah terkorban semasa kejadian itu berlaku.. Yg menyedihkan ialah, pelajar sekolah rendah dari Singapore yg ramai terkorban dalam nahas ini.. Kat monument ni ada nama2 yg terkorban semua tu tau..

penutupan~

Baiklaa..tibalah masa penutupan entry kali ini.. dari pagi tadi dok pot pet pot pet kat entry ni..Sampai ke petang pun belum habis lagi..Maklum la, curi masa karang citer ni waktu bekerja...HAHAHA.. Ai is Curi Tulang.. baik laaa... Harap berjumpa lagi di masa hadapan.. di bawah ni sy belanja beberapa video yg tak berapa gila2 dari kitorang.. Assalamualaikum.. Bye..~

















Thursday, May 5, 2016

D.R.E.A.M.C.A.T.C.H.E.R

plain color collection <3

Assalamualaikum sahabat.. orang cakap biarlah gambar berbicara.. kat atas tu gambar dreamcatcher yg sy buat sendiri tau.. minat nak buat/design benda ni dah bermula sejak tengok The Heirs dua tahun lalu..nampak sangat cantik benda alah ni (hehehe) sampai kan sy google dan tengok youtube untuk tutorial dreamcatcher ni.. lepas tu nak cari bahan alahai punyalah susah..Art Shop kat Sandakan ni limited sgtt.. geram sy pusing bandar tapi kedai tu je yg sy jumpa.. dah la limited, barang yg d cari bukan nya semua ada..terpaksa sy ikhtiar sendiri nak ganti dengan apa utk barang yg tiada jual kat sini...

makin lama makin berani nak cuba design baru

Mula2 belajar buat dulu memang la tak kemas, atau cantik sgt pun tapi boleh la jugak sekadar untuk menyedapkan mata yg memandang.. lagi pun sy buat benda ni setakat untuk suka2 buang masa lapang.. hobi baru la kira nya kan :) .. tapi bila dah macam terer dah nak buat ni, tiba2 sy terpikir nak post kat Wechat direct link to my Instagram and Facebook account.. di situ lah bermula segalanya.. kawan sy terus booking 10 bijikk design yg  ntah apa je sy buat masa tuh.. lucu sgt kalau ingat balik..

warna coklet yg plg byk sy dpt permintaan :)

tapi tak plak sy sangka even design sy masa tu cikai2 tapi kawan sy yg tadi tu sanggup nak tolong promote.. syukur alhamdulillah banyak yg order.. sampai kan dah terlalai dgn tanggungjawab sbg seorang isteri sekejap hanya kerana excited dpt side income daripada titik peluh sendiri.. satu hari smpi 6 biji sy boleh buat..sebiji pun dh sejam sy buat..apa lagi kalau 6 biji kan.. mana tak emo suami sy masa tu.. hahaha.. isteri terlebih rajin buat benda lain.. 

color blocking menggunakan warna yg terang

Pernah sampai satu tahap sy malas sgt nak buat..orang order pun sy ignore kan jerr.. bukan sebab takde idea atau takde bahan..tapi sbb telampau di layankan perasaan malas tu.. bila dah terlalu lama tak buat dreamcatcher ni kan, sy nak start balik tangan dan kuku rasa sakit sangat.. tapi dah terlalu lama bercuti dr berkait semangat nak siapkan biar sebiji tu tetap membara2.. hahaha.. dan akhir nya sy buat comeback!!!..

kaw2 punyerrrrr...

biar pun comeback sy tetap dgn design mcm dulu2 punya jugak, tapi sy tetap bersyukur kerana orang ramai tidak putus2 order dengan sy.. mungkin sebab murah kott..RM15 je kawan2 semua..takde GST tau sy punya dreamcatcher ni.. tapi satu je sy pesan, sy tak buat design yg mcm korang akan jumpa kat google nnt tau..sy buat semua yg macam dalam gambar ni shj..pilih color je boleh ye sayang2 semua..pilih design tak ade... hehehe.. bukan sebab sy tak pandai/malas buat design lain dr yg lain tapi macam sy cakap awal2 tadi kan, tak semua barang ada jual kat sini..susah nak cari beb..nak order online pun payah.. huhu

as blue as sky..as white as a cloud..

Baik la kawan2 semua.. Sampai di sini shj entry kali ini punya perbahasan..sebarang pertanyaan boleh komen di ruangan komen ya.. sy ada provide social media link kat tepi tu nnt korang rajin2 lah tekan ye.. tapi awal2 sy nak minta maaf sebab semua account sy, sy privatekan ye.. kena follow dulu baru boleh dapat tengokk usha2 gambar kat sana..:)

soft blue mix soft pink.. my latest dreamcatcher..

P/S : sy payung beberapa gambar lagi d bawah ni..kalau berminat boleh inform sy directly tau.. mengikut social media kesenangan korang..semua link sy dah bagi.. hehe

complicated color to mix bagi saya..

combination of soft pink and hot pink for my lovely cousin..

request from my colleague from another branch and another department..







KUCING BARU JUMPA DGN MASALAH TELINGA KUCING BERKUDIS~

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca. 
Terima kasih kerana sudi melawat page sy.. Kelmarin sy d datangi oleh seekor anak kucing sesat.. Dok meow meow meow depan rumah sy.. Ingat kan kucing sy yg dah 2minggu x balik rumah tu datang semula... sy pun semangat lah nak bukak pintu...rupanya anak kucing ni dh meraung2 kat luar pintu..siap intai sy dari anak tangga lagi.. kebetulan pulak sy ada berbelanja makanan kucing dua mggu lepas (tapi malangnya kucing dah hilang dua mggu lepas).. sy percaya kalau binatang datang sdri pada kita, maksud nya dia dtg membawa rezeki untuk kita jugak.. 


terus bagi makanan whiskes yg jenis pepejal tuh..

lepas makan dah boleh dah jalan ke sana ke mari..siap main tali kasut dan kain langsir bagai.. tengah biar2 dia main sendiri baru sy perasan yg telinga dia d tumbuhi fungi/fungus/maggot.. alamak! hancur luluh dalam hati beb.. apa tak nye, kucing masi kira baby lg dh ada jangkitan kuman.. nampak sgt kucing ni dah lama sesat.. sy pun tak lah nak tunggu lama2..terus bawa g bilik air dan mandikan nya.. 1 perkara yg sy suka pasal Blacky ni, dia tak merungut bila sdg d mandikan.. diam jeee..kucing sy sebelum ni baru nak tutup pintu bilik air dah meraung siap cakar tangan sy.. oleh kerana takde beli stok shampoo kucing, sy guna suami punya Clear Men (hahahaaha).. lepas tu kering kan mcm biasa... kesian duduk2 dalam towel sampai tertidur kesejukan..


tengok cuping telinga Blacky :'(


Okay lepas tu semalam masa lunch hour sy pergi klinik vet kat depan office.. tanya2 dgn sales tu apa punca kucing boleh dpt jangkitan ni..Vet cakap kadang2 dri mslh pemakanan yg terlebih kandungan garam jugakk.. selain itu kuku kucing semasa menggaru anggota badan pun memang kotor..sebab itu lah kuman cepat merebak.. masalah fungi ni selalu d alami oleh kucing jantan.. tapi entah apa dosa anak kucing ni masih baby pun dh kena jangkitan kuman :'(.. sy terus beli krim sapu untuk fungi/maggots , shampoo dr mengelak parasit2 seperti kutu , dan pencuci telinga utk Blacky.. Kos semua RM70.00 utk 3 barang... uwaaaaaa... shampoo kita pun tak sampai cecah harga bgni.. tapi tak kisah lah demi kesihatan Blacky d masa depan juga...
3 barang untuk si comel Blacky..

tapi kawan2 perlu di ingat kan..sebelum nak apply ubat ni ke arah badan kucing kita, pastikan kita memakai sarung tangan samada beli kat kedai plastik atau beli kat farmasi agar terhindar dari segala penyakit berjangkit ke kulit kita.. lepas apply krim pakai kan e-collar pada leher kucing supaya kucing tadi tidak lah tergaru2 tempat yg d letakkan ubat tadi.. macam sy buat semalam, lepas apply ubat sy terus kuarantin kan Blacky kat veranda belakang.. supaya dia relax sikit.. hehe.. menyapu ubat tersebut haruslah di buat sekali sehari tiap2 hari.. tidak semestinya hari2 kena mandikan.. yelaa mungkin korang terpikir sebelum apply ubat kena mandikan kucing dulu kan.. sy sendiri dah tanya kat vet tu..dia cakap mandikan kucing tak perlu hari2 ponn..buat mcm yg kita selalu buat jer..mcm sy, sy akan mandikan kucing sy 3 hari sekali...agar wangian shampoo tetap harum mewangi.. ekekeke...

baiklaa..sekarang sy nak sambung buat kerja semula..biasa la kadang2 pandai tercuri tulang sekejap..maklum lah semangat sedang naik utk kongsi dengan pembaca.. apapun sy akan update pasal Blacky lg di lain masa..perkembangan dia juga akan sy kongsikan nanti.. tunggu jee.. okey semua..Assalamualaikum wbt.. bye~