Tuesday, November 8, 2016

2D1N Trip to Kundasang!

Assalamualaikum gaisss.. Lama dah tak borak panjang-panjang kat sini.. Asyik seboook jerr memanjang..Tapi dalam sebok2 tu sy sempat jugakk pergi cuti2 kat Kundasang sana haaa.. Kundasang ni terletak d negeri Sabah.. kalau korang nak tau Kundasang ni la tempat terletaknya Gunung Kinabalu gunung yg tertinggi di Asia dengan ketinggian 4,095 meter dari paras air laut. Cuaca di sini sangat sejuk berkabus.. Kalau kita dari Tawau (10jam), Sandakan (6jam), Telupid (4jam), Ranau (3jam), Semporna (10jam), Lahad Datu (8jam) pasti akan lalui Kundasang ni kalau nak ke Kota Kinabalu. Suhu kat Kundasang ni di waktu siang dengan cuaca yg cerah hanya setakat 7°C sahaja.. Manakala sebelah malam pulak suhu boleh mencapai sehingga 3°C.. Gila takk sejukk.. Rata2 penduduk di Kundasang tidak menggunakan kipas atau pun penghawa dingin di dalam rumah kerana cuaca persekitaran yg boleh tahan sejuk sehingga ke tulang..

ok! Jadi nak di jadi kan cerita, plan kitaorang nak ke Kundasang ni dah bermula sejak dua bulan yg lepas iaitu jatuh pada tarikh Cuti Deepavali.. Kitorang plan perjalanan bermula dari Sandakan - Ranau - Kudat - Kota Marudu - Kota Belud - Kundasang .. haaaaaaa! Semua ni kami buat dalam masa sehari je tauuu.. Lebih kurang 14jam kesuluruhan masa yg kami habis kan duduk di dalam kereta... Lenguh jugak punggung kita ni.. Bayangkan lah.. Map Sabah tu start dr "Mulut" lepas tu kita pergi "Tanduk"... pergggggghhhhh! tapi overall kita memang puas hati jugak laa.. bak kata orang putih - what start today , we have create another sweet memories in our life"


perjalanan baru nak bermula dari Sandakan (0700hrs) menuju tempat sarapan di Telupid

merayu dengan member supaya kena snap.. KONON LAHHH!

kitaorang sepatutnya bertolak dari Sandakan pukul 0630hrs tapi amoi sorang yg bibir merah kat atas tu boleh plak lambat bangun...rosak plan.... sudah nya bertolak dr rumah dia pukul 0830hrs.. beruntung punya kawan.. nasib tak kena tinggal..semua pun dah mula high blood masa ni..HAHAHA.. tapi anak bulan mana la boleh tinggal kan..sebab dia la penyeri sepanjang dalam perjalanan ni..tak kira masa , anytime je melalak! 

marah tu marah jugakk tapi tak kan la bercuti pun masih nak emo kan..

So, destinasi pertama kami ialah Telupid..sebab semua pun belum sarapan lagi..singgah makan japp..makan pun bukan main cepat lg sebab perjalanan masih jauh kan.. lepas makan je terus chaww.. sampai je kat Ranau kita stop kat stesen minyak yg pertama.. minyak tak jauh banyak mana pun tapi utk langkah berjaga2 bagi je  full tank .. kot kot nanti ada apapa di jalan raya kira dah ada standby.. petrol kat dalam Myvi saya ni dah macam2 versi dah.. Shell , Petron , Petronas semua dah bergabung.. nasib tak semputt.. HAHAHA.. 

the three generation of Perodua.. All white..

Ni la kereta kitorang pakai.. Anggota semua 7 org tapi masing2 bawak kereta laa..yg kat depan tu heavy smoker so tak boleh join satu kereta dgn Alza kat belakang nun.. sebab member sorang tu tak smoking.. kereta pun masih bau baru lagi..

berhenti kejap kat tepi nak ambik memori..LOL..

Sekarang kitorang menuju ke Kudat tapi ikut Jalan Lintas belakang Poring, Ranau..kira dekat sikit lah..dalam 4 jam boleh sampai..sebelum tiba Kudat, kena lalu depan pekan Kota Marudu lagi..macam2 perkampungan kitorang lalu.. Tapi paling tak tahan masa silap jalan..GPS-man lupa jalan lahh plakkkk :( Apa lagi... encik suami pun bukak la Google Maps.. nasib baru 5 Kilometer dah sedar salah jalan..Kalau dah sampai hujung tak ke cari nahas tu..

Asus ke Samsung ke sama juga bah , Bro..

Ni dah hampir pukul 3.30 petang ni... perjalanan ada lgi dalam 2jam utk sampai ke Tg. Simpang Mengayau, Kudat.. Cuaca pun dah berubah mendung..Tapi apapun cabaran dan rintangan tetaplah tabah menghadapi.. Chewaaa~ Jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampailah tempat yg dituju... Selepas 9jam perjalanan akhir nya kaki saya pun jejak la ke tanah Simpang Mengayau ni.. Dengan keadaan berangin dan mendung ni ditemani lagi dengan bunyi hempasan ombak terasa damai tenang di hati...

yeahhh! kami dah sampai...
encik suami dah macam nak gi Korea dah ni..Siap Jaket Kulit bagaaai~
Ku gagahkan kaki ku turun ke bawah biar pun hakikat nya hampir kecut perutku~

Nak sampai ke sini bukan main seksa lagi perjalanan yg diharungi..tapi lepak tak sampai setengah jam pun.. Pukulan Angin sangat lah kuat..silap haribulan saya pun ikut terbang..HAHA.. sekarang bertolak lah kita ke Kundasang semula.. hari dah lewat , kami sampai tempat penginapan pun dah pukul 11malam..

Kita semua stay kat Rocky Mountain Lodge dekat Bukit Mesilau tu ha.. Sejuk sampai ke tulang..nak berus gigi pun sampai cramp gusi saya ni..apa lagi nak berbilas badan.. Heater pun tak makan saman. yg tidur pun dah macam2 posisi sy tengok..HAHA.. Layan penat punya pasal, masing2 dengan dengkuran ekzos sendiri..

Keesokan harinya, mata ini terpaku dengan kecantikan alam flora dan fauna, keindahan kampung setinggan dan pemandangan gunung Kinabalu dari luar jendela.. Alhamdulillah indah nya ciptaan Allah SWT.. 
Damai je kan pemandangan ke depan..

Pagi ni celik mata je dalam otak terus terpikir kan lapar..Cuaca sejuk2 macam ni memang cepat sangat lapar.. Nak mandi pun terasa payah..Tapi lapar punya pasal semua pun di buat dgn laju.. Habis je bersiap, kitorang terus checkout dari sini dan menuju ke tempat makan yg WAJIB iaitu stesen sayap ayam panggang kat Kundasang.. memang terkenal tempat ni dgn ayam panggang dia tuu..Saya boleh habis kan dalam 10pcs sorang.. HAHA... see the leg laaa..


selesai makan kita terus proceed ke KNP plak

Sekarang kami di Kinabalu National Park, Kundasang. Kalau nak tau, dari sini lah tempat yg valid kalau nak mendaki Gunung Kinabalu.. Perjalanan ke Timpohon Gate lebih kurang 5km drive ke atas.. Tuu la pondok tempat pelepasan mendaki gunung macam gambar kat atas tu hah!.. tapi stamina sy belum cukup lagi kott nak mendaki kat sini..setakat lalu untuk berhenti begambar kejap tu boleh laa.. HAHAHA..

malu plak tengok gambar ni..HAHA..

Kitorang lepak kat Timpohon Gate tak lama..Sebab nak bagi peluang lg denagan yg lain nak begambar kat atas tu.. Ada terhibur sikit la dengan telatah tupai2 yg jinak kat atas tu.. Sempat lagi bagi dorang makan kacang tanah :)
encik suami senyum sampai telinga layan seronok dgn tupai tu.. Ai is Jeles!

Sebab kan jeles , sy pun ikut juga bagi makan si Tupai ni.. Ai is Happy!

saya ni dah kenapa dgn batang Monopod tu! HAHA ~

Nak study route untuk mendaki Gunung Kinabalu lah sangatt~

posing yg tak berapa maut..

Untuk pengetahuan korang, gambar last kat atas tu di panggil Mountain EarthQuake Monument.. Dibina sempena memperingati sejarah hitam yg berlaku pada Jun 2015 iaitu gempa bumi di Gunung Kinabalu itu sendiri.. Dimana beberapa nyawa telah terkorban semasa kejadian itu berlaku.. Yg menyedihkan ialah, pelajar sekolah rendah dari Singapore yg ramai terkorban dalam nahas ini.. Kat monument ni ada nama2 yg terkorban semua tu tau..

penutupan~

Baiklaa..tibalah masa penutupan entry kali ini.. dari pagi tadi dok pot pet pot pet kat entry ni..Sampai ke petang pun belum habis lagi..Maklum la, curi masa karang citer ni waktu bekerja...HAHAHA.. Ai is Curi Tulang.. baik laaa... Harap berjumpa lagi di masa hadapan.. di bawah ni sy belanja beberapa video yg tak berapa gila2 dari kitorang.. Assalamualaikum.. Bye..~

















No comments:

Post a Comment